Saturday, December 3, 2022

Sarawak terus perjuang hak Sarawak di Parlimen

Secara Rawak

KUCHING: “Sarawak aman, GPS dapat fikir hal Sarawak. Jadi pertahanlah keamanan Sarawak dan kita hantar wakil rakyat yang hebat di Parlimen dalam pilihan raya akan datang,” kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Perasmian Dewan Komuniti Kampung Haji Baki dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kampung Semeba dan Kampung Tematu.

Beliau berkata GPS menampilkan calon hebat pada PRU- 15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat dan Sarawak akan lebih kuat memperjuangkan hak Sarawak di Parlimen.

Abang Johari berkata, GPS sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa dan menganggap pilihan raya diadakan lebih awal disebabkan berlaku pergolakan antara parti di Semenanjung Malaysia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru