Saturday, December 3, 2022

Saat cemas, cubaan menculik di stesen minyak

Secara Rawak

UTTAR PRADESH: Percubaan menculik pemilik stesen minyak yang berlaku di khalayak ramai dirakamkan CCTV di premis tersebut dan tular di media sosial.

Insiden itu berlaku di Uttar Pradesh India apabila empat lelaki datang ke premis tersebut dengan sebuah SUV dan cuba menculik pemiliknya.

Video yang tular di Twitter itu menunjukkan suspek mula bertengkar dengan pemilik stesen.

Dua lelaki lain turut masuk campur dan meminta yang keempat untuk menyertai.

Empat lelaki itu cuba menarik pemilik ke dalam SUV hitam mereka dan mangsa cuba melarikan diri.

Nasib pemilik premis itu baik apabila para pekerjanya meluru ke arah kereta tersebut untuk menyelamatkannya.

Pengawal keselamatan, kakitangan dan pelanggan segera campur tangan menghalangnya daripada diculik.

Keempat-empat tertuduh dilaporkan berjaya melarikan diri dan pasukan polis memulakan siasatan selepas laporan polis dibuat mangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru