Friday, December 2, 2022

PM menghadap Agong

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketika tersebar spekulasi berlaku pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat untuk memberi laluan diadakan PRU-15, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Perdana Menteri memasuki pintu pagar utama Istana Negara pada 3.49 petang, kemudian meninggalkan pekarangan Istana Negara 4.45 petang.

Majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong merupakan rutin biasa perdana menteri sebelum berlangsung mesyuarat Kabinet.

Pergerakan Ismail Sabri menjadi perhatian media selepas desas-desus pembubaran Parlimen hangat diperkatakan susulan keputusan Majlis Tertinggi Umno Jumaat lepas yang mahu
Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini.

Ismail Sabri Sebelum itu bagaimanapun menjelaskan fokus utama perbincangan pada pertemuan adalah berkaitan Kabinet dan
agenda lain termasuk berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan jika berkesempatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru