Saturday, December 3, 2022

Petanda PRU-15 semakin dekat?

Secara Rawak

KUCHING: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin menunjukkan petanda diadakan tahun ini apabila Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur, malam kelmarin  Perjumpaan melibatkan Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan 19 Ahli Parlimen daripada GPS.

Berlangsung hampir tiga jam, perjumpaan itu yang diketuai oleh Menteri Kanan Kerja Raya selaku Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadilah Yusof telah membincangkan isu semasa dalaman parti sebagai persediaan untuk menghadapi PRU-15.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Adun Tupong selaku Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzruddin Abdul Rahman.

Pada Rabu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Parlimen perlu dibubarkan minggu depan untuk memberikan laluan kepada PRU-15.

Katanya, Majlis Kerja Tertinggi Umno telah membuat keputusan agar pilihan raya wajib diadakan tahun ini, dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen.

“Kami meneliti laporan ketua pengarah meteorologi dan mendapati pilihan raya akan dibuat sebelum banjir,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru