Saturday, December 3, 2022

Penerbangan sulung Kuching-Jedah, Madinah Disember 2022

Secara Rawak

KUCHING: Kuching strategik bagi pengembara di Sarawak, Sabah, Labuan termasuk negara Asean lain, justeru inisiatif menjadikan Kuching sebagai hab umrah menerusi program Kuching Gerbang Umrah (KUG) mampu merancakkan industri pelancongan Sarawak.

Berucap pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan ATS Global Travel and Charter Sdn Bhd di Kuching, Abdul Karim berkata, kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa melalui ATS dan penerbangan sulung dari Kuching ke Jedah, Madinah dijadualkan bermula Disember 2022.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, laporan Future Market Insights pada Ogos 2022, pasaran pelancongan Haji dan Umrah dijangka mencapai pasaran AS$150 bilion tahun ini dan dijangka melepasi AS$350 bilion menjelang 2032.

Justeru, menurut Abdul Karim, dengan jumlah lebih 30 juta penduduk Islam dari Indonesia, Brunei dan Filipina, inisiatif KUG berpeluang mencapai sasaran pasaran besar dan meningkatkan jumlah ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa ke Sarawak.

Pengunjung KUG boleh menikmati penerbangan terus ke Jedah atau Madinah, manakala penerbangan feeder diatur oleh ATS dari Pontianak, Balikpapan, Banjarmasin, Samarinda, Ujung Padang (Makassar), Jakarta dan Mindanao.

Melalui program ini, pengembara boleh terbang dari setiap lokasi masing-masing dan singgah di Kuching untuk berehat dan mengadakan lawatan ke bandar Kuching sebelum terbang terus ke Jedah atau Madinah, atau dalam perjalanan pulang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru