Saturday, December 3, 2022

Pas sertai PN atau BN?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pas akan menyertai kubu mana PRU-15 kali ini? Perikatan Nasional (PN) artau Barisan Nasional (BN)?

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin membayangkan PAS mungkin kekal bersama-sama gabungan itu pada PRU-15 kali ini.

Memberitahu pemberita selepas mesyuarat biro politik Bersatu di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur, Presiden Bersatu itu berkata, pihaknya bermesyuarat berkaitan persiapan dan menyelaras jentera atas nama PN.

“Kita dah setuju semua jentera di semua peringkat bergerak atas nama PN,” kata Muhyiddin dan menyebut gabungan parti sedia ada terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, SAPP dan Star.

Pada mesyuarat bersama-sama ahli majlis tertinggi PN, PAS turut diwakili Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketika ditanya pendirian PAS, Tuan Ibrahim berkata: “Tak ada pilihan. Kita sebahagian daripada PN.”

Menurut beliau, yang penting kemenangan PH mesti dinafikan.

Sebelum ini, pada taklimat khas bersama-sama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi gambaran bahawa PAS memihak BN.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru