Saturday, December 3, 2022

Lelaki tipu 39 wanita wang bernilai lebih RM357,000

Secara Rawak

BEIJING: Seorang lelaki di China dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun kerana menipu sekitar 39 wanita dan meraih wang bernilai RM357,401, 000 (560,000 yuan) daripada mereka.

He Gansheng, penganggur dan sudah berkahwin menggunakan tiga identiti berbeza untuk memikat mangsanya, yang kebanyakannya berusia 20-an.

Untuk menipu mereka, suspek berusia 38 tahun itu menyamar sebagai doktor tampan dan kaya dari Shanghai, seorang peguam dari Shenzen, dan seorang pelajar PhD dari Beijing, lapor South China Morning Post.

Bagi meyakinkan mangsa tentang identitinya, dia menghantar wanita itu swafoto palsu dan gambar peribadi dua lelaki tampan dari Korea Selatan yang dimuat turun dari Internet.

Selepas mendapat kepercayaan mangsanya dengan swafoto palsunya, dia “meminjam” wang daripada mereka dan mendakwa dia memerlukannya untuk membayar hutang rumah, kad kredit dan bil lain.

Menurut SCMP lagi, kesemua mangsanya tidak pernah bertemu dengannya secara bersemuka dan penampilan sebenar Gansheng digambarkan sebagai lelaki yang “berwajah biasa” dan “seorang yang rendah iaitu pada ketinggian 160sm”.

Apabila mangsanya mendesaknya membayar balik pinjaman, serta-merta, dia memberi plebagai alsan dan bertindak memutuskan semua hubungan dengan mereka.

Dia menipu mangsanya dari 2016 hingga 2020, tetapi penipuannya akhirnya terbongkar pada Mei 2020, apabila mangsa terakhirnya, seorang wanita berusia 22 tahun, melaporkannya kepada pihak polis.

Lelaki tersebut yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu disabitkan dengan hukuman penjara 11 tahun enam bulan dan denda RM19,396 (30,000 yuan).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru