Friday, December 2, 2022

Kembangkan industri pelancongan

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Kota Samarahan bukan sahaja terkenal menjadi bandar pendidikan malah akan menjadi tempat yang wajib dikunjungi oleh masyarakat pada masa akan datang.

Walikota Majlis Bandaraya Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata, ia kerana Samarahan mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang diamalkan.

“Kita berhasrat untuk mengembangkan industri pelancongan di Kota Samarahan agar ia turut dikenali oleh orang luar seperti tempat-tempat lain.

“Usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak untuk mempromosikan tempat-tempat yang menarik kepada pengunjung,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media Pesta Makanan dan Budaya Kota Samarahan bertempat di Bilik Mesyuarat, semalam.

Menurutnya, dengan pembangunan beberapa kemudahan yang dilaksanakan di kawasan tersebut, ia akan menjadi satu kelebihan kepada warga Samarahan.

“Kemungkinan dalam tempoh tiga tahun akan datang, kita akan melihat perubahan besar di Kota Samarahan kerana ia akan menjadi satu pusat perubatan metropolitan dan bukan sahaja pusat intelektual.

“Dengan rancangan yang melibatkan pembangunan pengangkutan yang disasarkan di sini, ia turut dapat memudahkan pergerakan orang ramai untuk berkunjung ke Samarahan,” katanya

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru