Friday, December 2, 2022

JTS sukat 2.5 juta ekar tanah seluruh S’wak dalam tempoh 12 tahun

Secara Rawak

KUCHING: Dalam tempoh 2010 hingga Ogos 2022, JTS telah berjaya menyukat perimeter lebih kurang 2.5 juta ekar di seluruh Sarawak.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, penyukatan tanah kampung tradisi tidak akan dihentikan selagi ia tidak selesai, meskipun Kerajaan Sarawak perlu menanggung kos yang banyak.

“Banyak kampung tradisi sudah disukat tapi belum cukup. Kita tidak akan berhenti, kita terus sukat lagi,” kata beliau.

Berucap pada Majlis Perasmian Dewan Komuniti Kampung Haji Baki dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kampung Semeba dan Kampung Tematu Abang Johari memberitahu, beliau meluluskan penambahan 400 kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi melaksanakan inisiatif penyukatan perimeter
tanah di negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru