Saturday, December 3, 2022

Hala tuju ekonomi digital

Secara Rawak

SIBU: Perkembangan dunia teknologi yang mewujudkan keadaan ekonomi yang memerlukan Sarawak menganalisis dan mengenal pasti kekuatan ekonomi digital yang disertai terus berdaya saing.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, wujudnya gangguan aturan kebiasaan itu merupakan trend hala tuju pembangunan ekonomi masa depan yang berteraskan kepada data raya.

Pendekatan kita untuk mewujudkan ekonomi sejajar dengan perubahan yang sedang berlaku di seluruh dunia khususnya dari sudut data raya.

Bagaimana kita menganalisis di negeri ini untuk membina kekuatan tersendiri. Teknologi dunia sekarang berkembang terlalu cepat, kita akan terus meneroka dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti SDEC untuk pembangunan teknologi di negeri ini.

“Inilah yang disebutkan sebagai ‘distruptive economy’ dan masa depan kita cerah kalau sentias kreatif serta inovatif dalam meneroka pelbagai bidang perubahan semasa,” ujarnya.

Katanya, salah satu pendekatan Sarawak dalam ekonomi atau teknologi mengganggu itu mewujudkan pelbagai agensi seperti Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan SDEC yang dipertanggungjawabkan meneroka dunia digital.

Daripada sudut teori perniagaan, mengganggu itu bermaksud inovasi yang bertujuan untuk mewujudkan rangkaian pasaran dan nilai baharu.

Disruptive technology pula teknologi asas kepada produk dan sistem yang kreatif bagi penggunaan baharu seterusnya mencipta pasaran baharu.

Secara langsung dan tidak langsung kita perlu meningkatkan kemahiran dalaman kepada kemahiran yang lebih tinggi dan profesional supaya industri sekarang dapat direvolusikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru