Saturday, December 3, 2022

Geng Ali Kuantao samun kedai 24 jam tumpas

Secara Rawak

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menumpaskan Geng Ali Kuantao yang aktif menyamun premis 24 jam sekitar Daerah Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, satu pasukan khas telah digerakkan untuk menangkap ahli kumpulan tersebut.

Katanya, enam ahli kumpulan tersebut telah ditangkap pada 5 dan 6 Oktober lalu susulan laporan polis dibuat pada hari sebelumnya.

Ahsmon bercakap pada sidang media sempena kejayaan menumpaskan Geng Ali Kuantao.

“Kesemua suspek lingkungan umur 20 tahun sehingga 26 tahun yang mempunyai 10 rekod siasat lampau melibatkan kes dadah dan jenayah harta benda.

“Modus operandi yang digunakan kumpulan ini mengacukan parang, bertopeng muka untuk menakutkan mangsa dan melindungi identiti,”katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, salah seorang suspek bertindak dengan mengenal pasti sasaran sementara suspek akan menjaga laluan ketika menyamun.

Ahsmon menunjukkan senjata kwang tao yang digunakan oleh Geng Ali Kuantao ketika menyamun.

Jelasnya, mereka bertindak agresif dan dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika menyamun.

“Kumpulan ini aktif sejak awal tahun ini dengan menyasarkan premis kedai sekitar awal pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahsmon, pihaknya telah berjaya menyelesaikan lima kes samun dengan tertangkap kesemua suspek.

Selain itu beliau berkata, pihaknya turut merampas kenderaan, pakaian, senjata serta peti simpanan wang milik premis.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

“Kesemua suspek dalam tempoh tahanan reman selama tujuh sehingga 13 Oktober 2022,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru