Wednesday, November 30, 2022

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang dijangka di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu diramalkan turut melanda beberapa bahagian di Melaka dan Johor.

Di Sarawak, amaran dikeluarkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

Ketika berita ini ditulis pada 9.43 pagi hujan lebat sedang turun di Kuching.

Di Melaka, kawasan dijangka terjejas adalah Melaka Tengah dan Jasin, manakala Johor pula melibatkan kawasan Tangkak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut MeMalaysia lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru