Wednesday, November 30, 2022

PRU-15 perlu diadakan segera elak krisis ekonomi dunia tahun depan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera sebagai persiapan untuk berhadapan dengan krisis dunia yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Katanya ini kerana, pelbagai jangkaan berkenaan kemelesetan ekonomi dunia diperkatakan oleh pemimpin global termasuk bank dunia.

“Kita akan berhadapan dua ke tiga krisis pada tahun hadapan antaranya banjir, sekiranya berlaku pada bulan Disember ini sudah ada satu cabaran.

“Kemudian krisis ekonomi banyak pemimpin-pemimpin, bank dunia, hari tu Perdana Menteri Singapura, Presiden Indonesia pun kata ekonomi teruk akan berlaku, kemelesetan dan sebagainya pada tahun hadapan,” katanya seperti dilapor Umno Online.

Isham Jalil

Isham berkata sebagai persiapan bagi menghadapi situasi mencabar ini negara perlu ditadbir oleh kepimpinan menteri Kabinet yang berkemampuan menangani krisis ini.

Jelas beliau, PRU merupakan penyelesaian untuk menyusun pentadbiran terbaik bagi memastikan negara dalam keadaan bersedia bagi berhadapan dengan kemelut dunia.

“Ini adalah isu besar jadi untuk berhadapan dengan cabaran ini perlu ada pembuat dasar, orang yang ada dalam kerajaan itu kompetan dan fokus untuk menghadapi krisis, kalau ada menteri-menteri yang tidak fokus macam mana hendak berhadapan dengan kemelut ini?

“Ada sesetengah menteri itu daripada satu parti ini sudahlah tidak kompetan, fokus pun tidak… lagi teruk macam hendak berhadapan dengan krisis?

Jadi sebelum berhadapan dengan situasi ini saya kira lebih baik selesaikan isu politik ini dahulu. Kalau tidak menteri-menteri asyik fikir pilihan raya sahaja,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru