Saturday, December 3, 2022

Pecah kereta disangka mencuri, rupanya mahu selamatkan anjing

Secara Rawak

Sebuah video dikongsi oleh videonation.teb di Instagram menunjukkan seorang pemuda cuba memecah cermin pintu belakang sebuah kereta yang parkir di tepi jalan.

Lagak lelaki itu amat mencurigakan lebih-lebih lagi apabila dia asyik menoleh ke belakang.

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya dia berjaya memecah cermin kereta tersebut.

Dia terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.

Pada waktu itu juga pegawai polis bermotosikal berhenti di tepi kereta itu dan menjenguk di tingkap yang pecah.

Sebaik sahaja melihat kelibat pemuda tersebut, dia terus membuka pintu dan menariknya keluar.

Pemuda itu yang kelihatan cemas cuba menjelaskan semua perbuatannya, rupa-rupanya dia cuba menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap di dalam kereta tersebut.

Dia segera mengambil anjing terbabit dan pegawai itu juga dilihat memeriksa keadaan anjing tersebut seketika sebelum membenarkan pemuda itu berlalu pergi.

https://www.instagram.com/p/CjHv9ZQIuCV/

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru