Wednesday, November 30, 2022

Mampukah PRS merampas kembali empat kerusi berikut?

Secara Rawak

KUCHING: Pada PRU-14 PRS telah berputih mata di tiga kerusi tradisinya apabila dikalahkan calon lawan – Selangau, Julau dan Lubok Antu.

Selain itu, kerusi Sri Aman yang dimenangi wakilnya Datuk Masir Kujat juga terlepas apabila ahli parlimen itu melompat ke PSB.

Namun, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar parti pimpinan Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menjadi wakil Bebas baru-baru ini.

Persoalannya, mampukah PRS merampas kembali keempat-empat kerusi itu dalam PRU-15 yang dijangka diadakan pada bulan depan?

Jika ditanya Setiausaha Agungnya, Datuk Janang Bungsu, beliau kelihat yakin bahawa PRS mampu berbuat demikian.

Menurut beliau, PRS yang menjadi anggota GPS sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“PRS sentiasa membuat persiapan untuk PRU-15 bersama-sama parti komponen lain,” katanya.

Tiga lagi anggota GPS ialah PBB, SUPP dan PDP yang terbentuk selepas parti komponen Sarawak mitu meengambil keputusan untuk keluar dari BN selepas kekalahan dalam PRU-14.

“Saya yakin dengan dasar GPS dan pendekatan yang diambil oleh pemimpin yang terbukti mengutamakan Sarawak,” tegasnya.

Beliau mendedahkan PRS akan bertanding di semua enam kerusi tradisinya, tanpa menamakan calon yang bakal mewakili parti itu.

Ketika ini dua kerusi yang disandang PRS ialah Hulu Rajang yang diwakili Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Kanowit yang diwakili Datuk Aaron Ago Dagang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru