Wednesday, November 30, 2022

Lelaki 44 tahun adakan hubungan…dengan kanak-kanak perempuan 10 tahun, reman dilanjut

Secara Rawak

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari terhadap seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes melanggan seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun untuk aktiviti seksual daripada bapa kandung mangsa.

Majistret Zubaidah Anuar membenarkan lanjutan tahanan reman terhadap suspek kedua berusia 44 tahun bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek selepas tempoh tahanan reman selama tujuh hari berakhir hari ini (6 Oktober).

Suspek kedua dilanjutkan reman hari ini sehingga 10 Oktober depan.

Difahamkan, suspek kedua berjaya ditahan oleh pihak polis pada 29 September lalu.

Selain itu, di mahkamah yang sama turut memerintahkan reman selama tujuh terhadap suspek ke-empat yang merupakan seorang warga emas berusia 63 tahun bermula dari 5 Oktober hingga 11 Oktober depan.

Terdahulu, Majistret Zaiton Anuar memerintahkan suspek pertama aitu bapa kandung mangsa dilanjutkan reman selama tujuh hari bermula dari tarikh 3 Oktober hingga 10 Oktober depan.

Manakala, suspek ketiga berusia 45 dibebaskan daripada tahanan reman pada 3 Oktober lalu, selepas selesai siasatan.

Berdasarkan laporan media terdahulu, permohonan reman telah difailkan di Mahkamah Kuching terhadap suspek pertama pada Rabu lepas (3 Oktober).

Difahamkan, mangsa telah memaklumkan tindakan bapa kandungnya itu kepada gurunya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam satu sidang media menyatakan bahawa suspek pertama berjaya ditahan pada 27 September (selasa) lalu, sekitar jam 2 petang di kawasan Matang di sini oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.

Kes disiasat di bawah seksyen yang berbeza iaitu Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol ke atas kanak-kanak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru