Saturday, December 3, 2022

Berbaris lama keluar duit di ATM, kenapa?

Secara Rawak

Gurauan tidak berfaedah marahkan orang ramai

Apabila berbarisan mengeluarkan wang di ATM, kita mahu barisan itu bergerak pantas.

Tetapi bagaimana jika ada orang yang menunggu di hadapan ATM, namun tidak bergerak, sehingga membuang masa orang lain menunggu.

Sebuah video tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan kejadian seumpamanya selepas individu tidak bertanggungjawab meninggalkan patung lengkap berpakaian hoody di hadapan mesin ATM.

Video itu menunjukkan beberapa orang menunggu giliran dengan sabar, tetapi lelaki itu mengambil masa mengeluarkan wangnya.

Akhirnya pemuda yang tidak tahan menunggu lama memeriksa lanjut masalah individu yang tidak bergerak itu.

Dia terkejut mendapati individu itu bukan manusia, sebaliknya patung yang berpakaian seperti manusia.

Insiden berlaku di United Kingdom dan dirakam di luar kedai Tesco.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru