Saturday, December 3, 2022

11 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang

Secara Rawak

MIRI : Sebelas penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran membabitkan tiga pintu rumah panjang Kelabit, Bakong, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira- kira 8.59 pagi.

Menurutnya, sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lopeng diketuai Penolong Bomba Kanan II Zainal Ali dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya bomba dilokasi, katanya, mendapati kebakaran telah pun terkawal dan dipadam oleh penduduk rumah panjang tersebut.

“Anggota bomba terus membuat kerja-kerja ‘size up’ dan ‘overhaul’ dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dua nozel air daripada jentera dan sumber air pili bomba yang berdekatan, ujarnya..

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Punca dan nilai kerugian sedang dalam siasatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru