Wednesday, November 30, 2022

Bengkel dua tingkat di Jalan Rock terbakar

Secara Rawak

KUCHING: Sebuah bengkel kereta dua tingkat jenis kekal di Jalan Rock dilaporkan terbakar kira-kira jam 7.30 pagi, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan, kebakaran yang bermula di bahagian atas telah menyebabkan kediaman berkeluasa 30×20 kaki persegi itu terbakar 70 peratus.

HANGUS….Bahagian atas rumah diubah suai menjadi bengkel mengalami kebakaran 70 peratus

Dedahnya, terdapat 10 kenderaan terletak di dalam rumah tersebut namun berjaya diselamatkan.

“Kesemua penghuni dilaporkan selamat dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

ROBOH…Siling rumah turut roboh akibat kebakaran

“Pasukan operasi bomba berjaya memadam awal kebakaran daripada merebak dengan menggunakan dua aliran hos empat nozel pam jentera dan sumber air dari pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dua pasukan operasi bomba terlibat dalam operasi pemadaman iaitu balai bomba dan penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan.

Operasi diketuai oleh Ketua Balai TPGB II Mohd Raffy Saibi dengan kekuatan seramai 18 anggota secara keseluruhan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru