Tuesday, November 29, 2022

Waktu PH memerintah 22 bulan adakah mereka fikirkan rakyat?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan membidas Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan rakyat sebagai alasan untuk menangguh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Masa PH berkuasa dulu ada mereka fikir masalah Rakyat? Yang ada minta kita ‘ikat perut’ kononnya kerajaan tiada duit, kerajaan nak bankrap,” katanya dalam hantaran pendek melalui laman Facebooknya berkaitan hal terbabit.

Sebelum itu, Ahli Parlimen PH, Sim Tze Tzin dilapor menggesa pemimpin kerajaan untuk menumpukan perhatian menyelesaikan masalah kekurangan telur di pasaran daripada bercakap mengenai pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, ketika zaman pentadbiran PH, respons pemimpin mereka apabila rakyat tertekan berikutan harga barang naik ketika itu adalah antaranya rakyat jangan bergantung bantuan kerajaan, rakyat jangan jadi pemalas dan perlu ikat perut.

Malah ada pemimpin PH yang dipetik berkata “harga barang naik sebab harga barang degil tak nak turun harga.”

PH  kelihatan tidak cenderung Parlimen dibubarkan dan PRU-15  diadakan pada tahun ini kerana kemungkinan diadakan waktu musim monsun.

Namun pemimpin Umno menyifatkan itu sebagai alasan PH semata-mata.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru