Monday, December 5, 2022

Ratu cantik 60 negara bakal berkumpul di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak akan menjadi tumpuan dunia apabila ratu cantik dari sekitar 60 buah negara berkumpul pada pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara yang menjadi tumpuan seluruh dunia tersebut merupakan salah satu acara ratu cantik terbesar di Sarawak, Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.

“Pertandingan akhir Ratu Pelancongan Antarabangsa ini akan pada diadakan 25 November depan di Hotel Raia Pusat Konvensyen Kuching,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Miss Tourism International World Final 2022/2023 di Hotel Raiaa, kelmarin.

Pada majlis itu, Abdul Karim turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian (MoU) antara Yast Group diwakili Eshther Law Lee Poh bersama rakan strategik seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diwakili pengarahnya, Mohamed Khaidir Abang, Pusat Beli Belah The Spring diwakili Christine Ling, New Sarawak Tribune diwakili Dorge Rajah dan Responsible Borneo diwakili Dr Hiram Ting.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru