Monday, December 5, 2022

Perlu fokus kepada latihan kemahiran tinggi

Secara Rawak

KUCHING: Bidang pembinaan Sarawak perlu memfokuskan kepada latihan berkemahiran tinggi yang menggunakan teknologi terkini serta menawarkan gaji lumayan dalam bagi memenuhi keperluan industri.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, penggunaan teknologi maju bukan lagi satu pilihan pada era digital masa kini.

“Malah ia adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan sekiranya kita tidak mahu industri pembinaan ketinggalan daripada kemajuan teknologi yang pesat dan terkini.

“Oleh itu, kita perlu mengalih latihan pekerja binaan daripada hanya menyusun batu-bata kepada penggunakan teknologi termaju termasuk dalam melakukan kerja-kerja asas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Teknologi 2022 mewakili Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof di Kuching pada Selasa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru