Monday, December 5, 2022

Pencuri licik curi emas di hadapan pemilik kedai

Secara Rawak

Sebuah video menunjukkan wanita mencuri emas di sebuah kedai barang kemas, betul-betul di hadapan pekedai berkenaan.

Video tersebut dirakam oleh CCTV premis tersebut dan menyaksikan kelibat wanita dan dua lelaki duduk di sebuah kedai barang kemas.

Pemilik kedai tersebut menunjukkan beberapa perhiasan emas kepada mereka yang diletaknya di atas kain baldu.

Wanita berpakaian sari berwarna kuning dan dua lelaki tersebut membelek-belek barangan kemas dengan penuh minat sambil bertanya pelbagai soalan.

Semasa pemilik khusyuk mengeluarkan lebih banyak barangan untuk ditunjukkan kepada mereka, wanita itu secara senyap-senyap menarik kain di hadapannya mencuri barangan kemas tersebut.

Lelaki yang duduk di sebelahnya dengan pantas memegang dan membelek barangan kemas lain di atas meja itu agar kelihatan tiada apa-apa yang hilang dari meja.

Selesai misi tiga pencuri yang menyamar sebagai pelanggan itu kemudian berpura-pura tidak menyukai apa-apa dan segera meninggalkan kedai.

Walaupun mereka berjaya memperdayakan pemilik kedai dan mencuri emas secara terang di hadapannya, perbuatan mereka dirakam CCTV dan kini pihak berkuasa menjejak mereka.

Pautan seterusnya klik di sini ;

https://www.india.com/viral/viral-video-chorni-caught-on-cctv-chor-aunty-fools-jeweller-steals-gold-in-front-of-him-5661857/

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru