Wednesday, November 30, 2022

Pemuda di Kuching dipenjara 10 bulan

Secara Rawak

KUCHING: Seorang pemuda berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara sepuluh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tertuduh,29, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Zaiton memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan dadah terlarang jenis Methamphetamine dan Amphetamine ke dalam badannya.

Dia melakukan perbuatan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, sekitar jam 4.45 petang, 16 Ogos lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes,pada 16 Ogos lalu sekitae jam 4.45 petang pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru