Wednesday, November 30, 2022

Pas-Umno: Hubungan benci tapi rindu

Secara Rawak

Hubungan Umno-Pas boleh diibaratkan bagai benci tetapi rindu.

Kedua-duanya menjalinkan kerjasama melalui Muafakat nasional.

Namun, selepas itu parti Islam itu bermain mata pula dengan Bersatu. Jadi, Pas kini disifatkan sebagai berada dalam dua kolam.

Selain dengan Umno, pas juga bekerjasama dengan Bersatu.

Bersatu yang pernah dipimpin oleh Tun Dr Mahathir, dan kini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas PRU-14 telah berusaha menarik wakil rakyat Umno untuk melompat parti.

Ketika itu Bersatu hanya mempunyai 13 orang Ahli Parlimen.

Hubungan Umno-Pas kemudian menjadi tidak begitu harmoni, dengan kedua-dua pihak saling sangsi dan curiga.

Ini sesuatu yang logik.

Adakah Umno dapat percaya kepada pas ketika ia juga menjalin kerjasama dengan Bersatu?

Namun Pas dilaporkan akan mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno mahu memulihkan agenda penyatuan ummah susulan pertemuan empat mata pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, dipetik  berkata parti itu akan membuat keputusan muktamad mengenai kerjasama mereka dengan Umno

Pada 2 Oktober lalu, Umno menetapkan tiga syarat kepada Pas dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tiga syarat berkenaan termasuk Pas perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu serta mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarat itu telah disampaikan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi pertemuan baru-baru ini.

“Saya yakin apabila Pas telah mengambil tindakan untuk mengadakan perbincangan khususnya antara Presiden Pas dan saya.

“Mereka (Pas) mengetahui syarat-syarat itu dan kalau mereka memenuhinya, baru perundingan (lanjut) boleh dilakukan,” katanya.

Zahid, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata permuafakatan antara Umno dengan Pas untuk menghadapi PRU-15 akan “kekal di takuk lama” jika tiada keputusan rasmi daripada Pas.

“Selagi Pas tidak membuat keputusan secara rasmi selagi itu kita tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara-perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti,” katanya lagi.

Semalam  Zahid  dilaporkan media telah memberi bayangan bahawa Pas akan membuat pusingan U dan kembali mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) tidak lama lagi.

Umno sebenarnya telah memberi kata dua kepada parti Islam itu.

Itu dikatakan adalah antara isi taklimat yang disampaikan Ahmad Zahid dalam perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) petang semalam.

Media yang memetik sumber terbabit berkata Ahmad Zahid memberi gambaran mengenai langkah terbaru Pas itu melalui ucapannya.

Maksudnya, ada kemungkinan besar Pas akan bersama-sama Umno, dan meninggalkan MN, khususnya Bersatu.

Pas harus bertindak bijak dengan memilih pasangan yang sesuai dan dapat memberi kelebihan dan keuntungan politik kepadanya.

Berbanding Umno, Bersatu adalah parti yang relatif lemah dari dari segi jentera akar umbi dan logistik, malah jumlah keanggotaan≥

Bayangkan kesannya jika kedua-dua parti itu bergabung?

Tentu mereka akan dapat mengukuhkan kedudukan dengan memenangi lebih banyak kerusi.

Jadi, Pas perlu bertindak bijak dengan mempertimbangkan semua faktor dan menilai segala implikasinya.

Adakah mahu kahwin dengan Umno atau Bersatu?

Siapakah yang bakal memberi kesenangan, kebahagian dan kemenangan kepadanya?

Jika kerjasama itu direalisasi, bukan mustahil, Umno dan Pas akan dapat menambah sekurang-kurangnya 25 kerusi dalam PRU nanti.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru