Wednesday, November 30, 2022

Siasatan terhadap Tommy Thomas tiada kaitan dengan perkauman

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk menyiasat bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan respons UMNO kepada keputusan itu, tiada kena-mengena dengan perkauman, kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.

Jelasnya, dakwaan Tommy Thomas menimbulkan tanda soal mengenai integriti dan ketelusan institusi Peguam Negara di bawah kepimpinan Tommy Thomas.

“Rafizi minta siasatan terhadap kapal LCS kerana perkara tersebut melibatkan integriti dan ketelusan sesebuah Kerajaan. Kerajaan telah mendedahkan beberapa laporan penting kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan.

“Jadi apa salahnya apabila UMNO bangkitkan perkembangan mengenai siasatan pasukan petugas terhadap Tommy Thomas? Adakah Rafizi merasakan bahawa integriti dan ketelusan dituntut hanya apabila Barisan Nasional terlibat?,” tanya beliau.

Katanya, siasatan akan dijalankan antaranya di bawah Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 124(I) Kanun Keseksaan – Penyebaran Laporan Palsu, dan Seksyen 23 Akta SPRM Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

“Mungkin Rafizi cuba reka persepsi bahawa UMNO bangkitkan isu ini kerana Tommy Thomas bukan Melayu. Ingin ditegaskan, kalau nama dia Taufik, Talib, Tahir dan dia tulis buku sama, pun patut disiasat.

Ini soal integriti dan ketelusan bukan perkauman,” katanya lagi.

Rafizi Ramli mendakwa UMNO sengaja main sentimen perkauman berkaitan isu siasatan terhadap Tommy Thomas.

Untuk ingatan,  tegas Shahril  antara isu berbangkit dalam buku beliau dan dakwaan yang dibuat ialah  menggambarkan bahawa Allahyarham Tun Razak mendalangi insiden paling hitam 13 Mei 1969 dan Tommy Thomas berpengaruh dan lantikan hakim dibuat berdasarkan cadangan beliau ‘yang arif dengan semua Hakim Mahkamah Persekutuan’.

Selain itu,  kematian Allahyarham Muhammad Adib diakibatkan oleh kenderaan bomba dan bukan kerana dipukul seperti yang telah didedahkan oleh Mahkamah Koroner.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru