Saturday, December 3, 2022

RM303,238 mintak diesel curi dirampas di Miri

Secara Rawak

MIRI: Sejumlah RM383,238 minyak diesel curi berjaya dirampas dan lima lelaki tempatan berjaya diberkas oleh Cawangan Risikan Batalion 12 PGA Miri dalam Op Kontraban kerana disyaki terbabit di dalam aktiviti mencuri minyak diesel bersubsidi pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata semua suspek ditahan di sebuah stesen Petronas di kawasan Bintulu-Miri Airport.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lima suspek dan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mendapati tangki minyak kenderaan tersebut telah diubah suai.

“Selain itu juga, kesemua suspek telah gagal untuk mengemukakan permit khas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) untuk menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya semua kenderaan serta minyak telah dirampas oleh PGA Miri dan diserahkan kepada KDNHEP untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pihak Polis menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat atau bersubahat dalam aktiviti mencuri diesel bersubsidi.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan berkenaan dan orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan bekalan minyak daripada pengedar yang sah serta melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak Polis,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru