Wednesday, November 30, 2022

Pengajaran, ilmu di sebalik karya seniman agung P.Ramlee

Secara Rawak

KUCHING: Karya seniman agung P. Ramlee perlu dinilai daripada perspektif yang lebih luas, terutamanya dalam menyampaikan pengajaran dan ilmu kepada masyarakat sekarang.

Untuk itu, kata Presiden Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak, Datu Adi Badiozaman Tuah, kelabnya akan bekerjasama dengan kelab peminat lain di rantau ASEAN untuk memastikan hasrat itu dapat diketengahkan.

“Hasil daripada itu, ada beberapa ketetapan yang telah dibuat, termasuk mengeratkan hubungan serantau khususnya dalam kalangan peminat P.Ramlee,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, di kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri di Demak Jaya, Kuching, pada Isnin.

Seminar Apresiasi Karya P. Ramlee yang dianjurkan baru-baru ini berjaya menghimpunkan pelbagai persatuan peminat dari seluruh negara selain Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Hasil daripada itu, beberapa ketetapan telah dibuat. Satu daripadanya ialah mengeratkan lagi hubungan serantau, khususnya dalam kalangan peminat P. Ramlee,” kata Adi Badiozaman.

“Kedua ialah untuk memungkinkan gerakan keilmuan diteruskan secara teratur dan kemas supaya seniman agung itu tidak dilihat sebagai hanya seorang penyanyi dan penghibur tetapi sebagai seorang pemikir pada zamannya.”

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang, Tan Sri Yusof Latiff, berkata ia merupakan salah satu usaha yang perlu diangkat bukan sahaja pada peringkat tempatan tetapi antarabangsa.

“Kita berharap dengan apa yang dilakukan ini, generasi muda akan menerima baik dan meneruskan usaha yang dilakukan oleh Allahyarham seniman agung negara ini,” katanya lagi.

 

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru