Wednesday, November 30, 2022

Malam Bulan Dipagar Bintang di Kuching malam tadi

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 50 orang artis terdiri daripada ahli Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak (KPPRS) telah membuat persembahan pada program Malam Bulan Di Pagar Bintang yang berlangsung malam tadi.

Program tersebut turut menyaksikan sebanyak 14 lagu yang dipetik daripada enam filem arahan dan lakonan seniman agung allahyarham P.Ramlee dipersembahkan sebagai halwa telinga tetamu yang hadir.

Antaranya adalah filem Anakku Sazali dan Semerah Padi pada tahun 1956; Sarjan Hassan (1958); Musang Berjanggut dan Pendekar Bujang Lapok (1959); serta Ibu Mertuaku pada tahun 1962.

Filem-filem tersebut juga telah dijadikan tajuk kupasan yang dibincangkan dalam pemikiran pada seminar yang dianjurkan beberapa hari yang lalu.

BUNGA… Taib (tiga kiri) menyampaikan jambangan bunga kepada Sarbanun Marikan (dua kanan) sebagai wakil artis yang membuat persembahan pada program Malam Bulan Di Pagar Bintang di Balai Budaya, DBP dekat sini, malam tadi. Turut kelihatan adalah Mohamad Abu Bakar Marzuki (satu kiri), Adi Badiozaman (dua kiri) serta Abdul Karim (satu kanan).

Persembahan yang berlangsung di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) telah berjalan tanpa henti bermula pada sekitar jam 8.30 hingga 9.30 malam itu diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Hadir sama adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga hadir bagi mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PERSEMBAHAN… sekitar rakaman semasa persembahan yang disajikan pada program Malam Bulan Di Pagar Bintang di Balai Budaya, DBP dekat sini, malam tadi (Foto Kredit DBP)

Turut memeriahkan program tersebut adalah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki; Presiden KPPRS merangkap Sasterawan Negeri Sarawak Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah; Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta wakil yang lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru