Wednesday, November 30, 2022

Hospital baharu tercanggih di Kuching di tepi sungai

Secara Rawak

KUCHING: Pihak kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan pakar untuk membantu pembinaan H0spital Normah baharu yang moden dan tercanggih teknologinya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan  akan mendapatkan peralatan terbaik untuk hospital itu nanti.

“Kita telah memutuskan untuk membina Hospital Normah yang baharu dan kita sedang lihat apakah kemudahan IT yang mesti dilengkapi pada bangunan itu.

Abang Johari mendedahkan perkara itu ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penggunaan Tiga Sistem dan Teknologi Perubatan Terkini di Pusat Perubatan Pakar  Normah di sini, semalam.

“Kita akan mendapatkan pakar untuk membantu dari segi bagaimana bangunan itu harus dibina, apakah kemudahan IT yang mesti dilengkapi, dan seterusnya kita akan mendapatkan peralatan yang terbaik,” katanya lagi.

“Ini memerlukan banyak wang, tetapi jangan risau, saya akan mendapatkannya,” kata beliau.

Jelasnya lagi, cadangan bagi tapak pembinaan hospital tersebut adalah berhampiran kawasan tebingan sungai.

Ini katanya adalah untuk memastikan pesakit dapat menikmati pemandangan sungai dan sekitarnya yang cantik.

“Jika berhampiran sungai, sudah tentu akan ada pemandangan macam di marina, dan mungkin kompleks beli-belah dan kedai makan berhampiran bangunan itu juga akan turut dibina,“ katanya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru