Wednesday, November 30, 2022

Harga minyak masak ĺebih murah mulai Jumaat ini

Secara Rawak

KUCHING: Harga runcit maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen dalam botol satu dan lima kilogram ditetapkan masing-masing pada harga RM7.10 dan RM31.50 berkuat kuasa 8 Oktober sehingga 7 November depan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan memaklumkan, harga tersebut ditetapkan mengikut Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022.

“Untuk botol satu kilogram ditetapkan harga runcit maksimum adalah RM7.10.

“Sementara bagi botol dua dan tiga kilogram, minyak masak sawit tulen dijual pada harga harga runcit maksimum masing-masing RM13.50 dan RM19.90.

“Manakala bagi botol lima kilogram ditetapkan RM31.50,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, KPDNHEP menegaskan mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, sekali gus dikenakan penalti.

“Bagi kesalahan individu, boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Sementara untuk syarikat yang melanggar peraturan terbabit boleh didenda sehingga RM500,000.

“KPDNHEP berharap penetapan harga baharu bagi minyak masak tulen
kemasan botol berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Sebarang aktiviti perlanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi boleh disalurkan melalui portal e-aduan.kpdnhep atau pusat panggilan (1-800-886-800) atau menerusi e-mel (e-aduan@kpdnhep.gov.my), aplikasi Ez ADU KPDNHEP, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-88826088/6245 atau WhatsApp ke 019-2794317 dan 019-8488000.

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru