Saturday, December 3, 2022

Bukti dengar denyut nadi rakyat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rosni Sohar berkata kuota 30 peratus calon wanita dari Barisan Nasional (BN) ialah bukti yang jelas dan nyata bahawa UMNO adalah parti yang sentiasa relevan dan mendengar denyut nadi rakyat khususnya wanita.

Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan naib-naib presiden serta seluruh ahli MKT yang telah bersetuju untuk meletakkan 30 peratus calon wanita BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

“Kuota 30 peratus calon wanita adalah antara agenda utama yang diperjuangkan oleh Wanita UMNO selama ini.

“Ini merupakan kejayaan besar perjuangan Wanita UMNO di era pimpinan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad,’ katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

“Keputusan ini membuktikan bahawa Wanita UMNO sentiasa menjadi juara dalam perjuangan untuk memperkasakan dan mengarusperdanakan kepimpinan wanita sebagai pembuat keputusan baik dalam politik, kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), selaras disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau juga percaya bahawa keputusan ini akan membakar lagi semangat Wanita untuk terus setia dan berkhidmat dengan lebih cemerlang demi parti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru