Wednesday, November 30, 2022

Bantu pekebun lada

Secara Rawak

SARIKEI: Kerajaan melalui Lembaga Lada Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjaga kepentingan dan kebajikan pekebun lada di negeri ini selain memastikan pengeluaran komoditi itu kekal mampan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, usaha bersepadu itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Ia melibatkan Program Pembangunan Haluan Industri Lada (PHIL), Projek Pembangunan Pengeluaran Lada Premium (PPLP), Inovasi Penanaman Lada, Pertanian Pintar Tanaman Lada, Aplikasi Program Pengurusan Penyakit Dan Perosak Secara Bersepadu (IPDM) dan Program Pembangunan Keusahawanan Lada.

“Langkah ini dilaksanakan kerana kerajaan sedar sumbangan besar sektor ini terhadap ekonomi rakyat khususnya penanam lada di Sarawak termasuk di daerah Julau.

“Justeru, saya berharap dapat pemain sektor ini menggunakan peluang yang disediakan itu dengan sebaik-baiknya,”katanya pada Majlis Perasmian Pesta Lada Julau 2022 di sini, semalam.

Beliau berkata, penganjuran Pesta Lada merupakan platform terbaik untuk menarik kehadiran pengunjung sekali gus menyediakan peluang ekonomi kepada penjaja kecil tempatan.

Malah katanya, kedatangan pengunjung berupaya menggerakkan industri berasaskan eko pelancongan, keusahawanan dan aktiviti perniagaan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru