Friday, December 2, 2022

Anjili Aruler dinobatkan jadi ratu Tasik Biru

Secara Rawak

BAU: Keanggunan Anjili Aruler Jibom berjaya memikat hati juri sekali gus dinobatkan sebagai Ratu Cantik Tasik Biru 2022.

Gadis berumur 18 tahun berasal dari Kampung Stass itu menewaskan sembilan finalis yang lain pada malam Final Ratu Cantik Tasik Biru 2022.

Malam tersebut, Anjili membawa pulang mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, wang tunai RM1,500 dan sijil.

Sementara tempat kedua dimenangi Hon Yin Ying, 21, membawa pulang mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, wang tunai RM1,200 dan sijil.

Yin Ying membawa pulang mahkota dan selempang untuk anugerah sampingan Cat Walk Tempat ketiga pula dimenangi Eina Lebron, 21, dari Kampung Kopit turut membawa pulang mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, wang tunai RM1,000 dan sijil.

Eina juga merangkul gelaran Miss Fotogenik dan membawa pulang gambar pemenang anugerah tersebut selain selempang dan trofi.

Tempat keempat dan kelima dimenangi dua gadis dari Kampung Stenggang iaitu Glydis Gladly, 21 dan Jemima Fae James, 25. Kedua-dua mereka membawa pulang mahkota, sijil dan wang tunai RM800 dan RM600.

Meskipun akur mendapat tempat kelima, Jemima juga dinobatkan sebagai Miss Favourite.

Dia membawa pulang mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, wang tunai RM600 dan sijil.

Sementara, Glydis pula memenangi anugerah Gaun Malam tercantik dan membawa pulang trofi dan selempang.

Pemenang saguhati yang lain turut membawa pulang wang tunai RM400 dan sijil. Penyampaian hadiah dan pemakaian mahkota disampaikan oleh Datin Christina Esni Gregory dan pemenang Ratu Cantik Tasik Biru 2018 Lydia Hyginus.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru