Saturday, December 3, 2022

40 kes Covid-19 di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 1,244 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 40 di Sarawak.

Menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,845,109.

Jumlah kes aktif sebanyak 23,331, turun 5.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu, sebanyak lima lagi kematian dilaporkan, dengan dua orang meninggal di luar hospital (BID) melibatkan Perak (2), Johor (1), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sebanyak 36,380 kematian akibat Covid-19 direkodkan sejak  virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.

Sementara itu, terdapat 158 laporan kematian bulan lepas dan 247 kematian pada Ogos.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru