Wednesday, December 7, 2022

Pas kaji kerjasama dengan Umno

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: PAS tetap mengharapkan suatu jalinan penyatuan ummah yang sejati dapat direalisasikan  antara parti-parti utama Melayu Islam di negara ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hasan.

Jelasnya ini dengan mengambil roh dan semangat persaudaraan Islam seperti yang ditunjukkan dalam sirah iaitu antara Aus – Khawraj dan Muhajirin – Ansar yang akhirnya membawa kepada kekuatan dan kegemilangan pemerintahan berteraskan Islam.

“PAS dengan ini mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno dalam hal ini dan akan membuat keputusan muktamad sebelum hujung minggu ini dengan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudhorat (risiko) yang paling ringan,” jelasnya dalam kenyataan

Sebelum ini Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  dilaporkan berkata sebarang usaha untuk memulihkan Muafakat Nasional (MN)  mestilah berpandukan prinsip dan semangat piagam asal yang telah dimeterai.

Justeru, kata  Takiyuddin, PAS akan mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno dalam usaha memulihkan agenda penyatuan Ummah susulan pertemuan empat mata antara kedua-dua presiden parti itu.

“PAS dengan ini mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno dalam hal ini dan akan membuat keputusan muktamad sebelum hujung minggu ini dengan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudhorat (risiko) yang paling ringan,” katanya dalam kenyataan. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru