Jumlah kes Covid-19 di Sarawak menurun

0
5

BINTULU : Sibu merekodkan satu kes kematian pada minggu ke-39 Epid(Epidemiologi).

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS), jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak menurun kepada 516 kes.

Daripada jumlah tersebut, 499 kes adalah adalah kategori 1 dan 2, manakala 17 lagi di bawah kategori 3,4 dan 5.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dilaporkan di Negeri ini sebanyak 315,678 kes.

Kuching mencatatkan 186 daripada jumlah kes baharu sementara Sibu 76 kes, Miri 75 kes, Sarikei(24),Bintulu(22),Mukah(16) Samarahan (15),Serian(14), Dalat(12) dan Bau(sepuluh).

Sri Aman dan Betong, masing-masing mencatatkan tujuh kes baharu, diikuti Daro dan Simunjan (enam), Saratok dan Meradong(lima), Lundu dan Lawas(empat), Tatau(tiga), Lubok Antu, Julau, Asajaya, Marudi,Tebedu dan Sebauh(dua) manakala Pakan, Kanowit Limbang,Matu, Song, Kapit dan Pusa, masing-masing merekodkan satu kes.

Sementara, Subis, Tanjung Manis, Kabong, Beluru,Belaga, Telang Usan,Selangau dan Bukit Mabong, masing-masing sifar.