Tuesday, November 29, 2022

Sarawak perlu ada Pusat Jantung di luar Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Sudah tiba masanya untuk Sarawak memiliki Pusat Jantung Satelit di luar ibu negeri dalam usaha memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh kepada rakyat.

Menurut, Timbalan Premier Sarawak,  Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian, perancangan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha Sarawak ke arah autonomi bidang kesihatan.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, saiz negeri yang luas merupakan faktor utama untuk memulakan Pusat Jantung Satelit.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menaik taraf Institut Jantung Negara (IJN) dan kemudian, membangunkan pusat berkenaan.

“Perancangan dan simulasi dilakukan supaya perkhidmatan yang bakal diberikan memenuhi standard antarabangsa.

“Kemudian kita akan mendapatkan kepakaran yang mencukupi sehingga boleh memulakan pusat satelit di bandar-bandar lain kerana jarak antara lokasi di Sarawak jauh walaupun populasinya kecil,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia 2022 peringkat negeri Sarawak di Universiti Teknologi Swinburne, di sini semalam seperti dipetik TVS.

Katanya lagi, penyakit jantung bukan hanya berlaku di kawasan bandar malah di kawasan luar bandar juga.

Ditanya mengenai perkembangan perancangan itu, beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memperjuangkan autonomi kesihatan di Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru