Wednesday, November 30, 2022

Australia tamatkan kuarantin mandatori pesakit Covid-19

Secara Rawak

SYDNEY: Australia mengambil keputusan untuk menamatkan kuarantin mandatori selama lima hari bagi individu yang dijangkiti Covid-19 pada 14 Oktober ini.

Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Anthony Albanese pada Jumaat, ketika negara itu membatalkan salah satu sekatan terakhir yang masih ada dari era pandemik.

“Kami mahukan dasar yang menggalakkan daya tahan dan pembinaan kapasiti serta mengurangkan pergantungan kepada campur tangan kerajaan,” kata Albanese semasa taklimat media.

Selepas berjaya membendung sebahagian besar virus itu melalui sekatan sempadan ketat dan perintah berkurung pada awal pandemik, Australia mula hidup dengan virus itu dari awal tahun ini dengan melonggarkan sekatan secara berperingkat berikutan vaksinasi yang lebih tinggi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru