Wednesday, November 30, 2022

Tuduhan Tommy Thomas wajar disiasat

Secara Rawak

Pernah ulas mengenai buku Tommy Thomas tahun lepas dan beberapa tuduhan beliau yang jauh terpesong dari realiti.

Kerana itu begitu banyak laporan polis terhadap tuduhan-tuduhan Tommy Thomas. Hari ini setelah pasukan petugas khas melengkapkan siasatan mereka, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa mantan Peguam Negara akan disiasat antara lain di bawah Akta SPRM dan Akta Rahsia Rasmi.

Mengulangi apa yang pernah disebut sebelum ini, sebagai seorang mantan Peguam Negara, sudah tentunya perlu ada etika dan ‘decorum’ yang sesuai dengan jawatan yang pernah dipegang. Tetapi dalam tulisan Tommy Thomas, semuanya dihina dan dijadikan mangsa dakwaan tak berasas.

Maka pengumuman hari ini bahawa akan ada siasatan rasmi oleh agensi penguatkuasaan amatlah wajar. Malah, kalau boleh dan tiada perkara sulit, kandungan laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat perkara ini juga wajar didedahkan kepada umum.

Antara petikan buku beliau:

  1. “Why did Malay youths brandishing parangs..turn on their fellow citizens, the Chinese..on..May 13th, 1969? The evidence points to a coup by Tun Razak”

“(H)e was anxious to take over”.

“An open challenge by Tun Razak would have failed. The matter was compounded by a critical fact that Malaysians were not aware of. Tun Razak had been told he was suffering from leukaemia, and was given five to six years to live, a medical prognosis that turned out to be accurate”

“(W)ho benefitted from the riots? – it was Tun Razak”

Dalam satu muka surat sahaja (m/s 28), TT tanpa berselindung mendakwa bahawa Tun Razak mendalangi insiden paling hitam dalam sejarah negara Malaysia dan juga Melayu pencetus insiden Mei 1969.

Langsung tidak bertanggungjawab dan menyentuh perkara sensitif tanpa bukti langsung. Hanya menulis seumpama cytro upahan.

Bukankah ini wajar disiasat?

  1. Tommy Thomas mendedahkan perkara yang sepatutnya menjadi rahsia tetapi dibongkar dan ditelanjangkan dengan tafsiran-tafsiran peribadi tertentu. Hubungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, soal perjumpaan dalam Istana Negara, soal perbualan antara TT dan Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri interim – semua yang patut menjadi sulit diceritakan terbuka. Inikah “standard” bekas Peguam Negara?

Ini wajar disiasat.

  1. Pada muka surat 342-343 buku beliau, Tan Sri Tommy Thomas mendedahkan bahawa, dalam satu pertemuan, pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar di Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak adalah diputuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas cadangan beliau yang “arif dengan semua hakim Mahkamah Persekutuan”.

Bukankah lantikan ini semua di bawah bidang kuasa Judicial Appointments Commission? Kenapa beliau seumpama memberi gambaran bahawa wujud campurtangan AGC dalam lantikan hakim?

Ini wajar disiasat.

  1. Tommy Thomas turut mengulas insiden yang mengakibatkan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di m/s 456 sehingga 460 dalam bukunya yang mengatakan “kecederaan Adib adalah diakibatkan kenderaan Bomba dan kenderaan yang dinaiki Adib. Adib dilihat cuba memasuki kenderaannya dan ketika itulah beliau dihimpit. Maka ia tidak disengajakan”.

Dakwaan ini dilihat sebagai sesuatu yang menyeleweng dan terpesong daripada fakta sebenar yang telah diputuskan oleh Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 bahawa Allahyarham Adib dipukul sehingga mati.

Ini wajar disiasat.

Rumusannya, menyingkap segala dakwaan dan tuduhan Tommy Thomas, saranan pasukan petugas khas bahawa Tommy Thomas perlu disiasat adalah keputusan yang tepat.

Perkara ini tidak boleh diambil dengan mudah kerana orang yang buat tuduhan tersebut merupakan mantan Peguam Negara dan pendedahan beliau banyak mencalarkan institusi AGC.

Apapun, seperti biasa, kita serahkan kepada pihak berkuasa yang melaksanakan tugas mereka lantas membuat keputusan seterusnya.

SHAHRIL HAMDAN ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru