Wednesday, November 30, 2022

Sistem pengangkutan awam yang cekap penting untuk Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selepas  negeri ini mempunyai jaringan sistem pengangkutan awam, ini tentu akan memudahkan perancangan untuk memajukan jaringan sedia ada.

“Pergerakan akan lebih mudah dan ini bermakna anda dapat memajukan perumahan anda di mana-mana,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Housing And Real Estate Developers Association (SHEDA) Property Expo 2022 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), di sini, semalam.

Justeru, jelas beliau, Kerajaan Sarawak tidak mahu menunggu lebih lama untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik kepada rakyat.

Premier Sarawak itu berkata, sudah tiba masanya untuk negeri ini memiliki sistem pengangkutan awam yang baik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru