Wednesday, November 30, 2022

Pecut dana perniagaan tempatan

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 13 perniagaan tempatan dipilih untuk program Fundraising Accelerator (TFA) Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) sulung yang berlangsung di Kampung Digital Tegas, kelmarin.

TFA yang berlangsung selama empat hari bertujuan membantu usahawan Sarawak mempelajari tentang pengumpulan dana dan menjadikan perniagaan dalam bentuk pengumpulan dana.

Pengerusi Tegas Datuk Len Talif Salleh berkata, ia bertujuan untuk menyokong pertumbuhan syarikat permulaan dan perusahaan sosial di Sarawak, selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030.

“Peserta dipilih untuk program TFA akan berjumpa dengan usahawan yang berpengalaman dalam mengumpul dana dan mendengar ceramah terus daripada pelabur.

“Peserta juga akan dikecualikan daripada yuran yang bernilai RM2888 apabila mereka mengumpul dana di platform pitchIN – platform ekuiti dana khalayak (ECF),” katanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif pitchIN Kashminder Singh berkata, program itu pengumpulan dana menyediakan peluang pembelajaran kepada usahawan Sarawak mempelajari segala-galanya mengenai pengumpulan dana.

“Peserta akan didedahkan dengan modul seperti jenis pembiayaan, kesediaan pelaburan, persediaan pengumpulan dana, persediaan kempen, penilaian syarikat, perkara yang diingini pelabur dan mempersembahkan serta selepas pengumpulan dana.

“Kami mengharapkan kerjasama yang berterusan dengan Tegas dalam meningkatkan inovasi digital dan ekosistem keusahawanan di Sarawak,” tambah Kashminder.

Syarikat yang mengambil bahagian dalam program tersebut ialah The Brew Krew, Nebula Technologies, Thirst Asia, Timogah, Hornbill Agriculture, Pungu Borneo, WAT Academy, MH Mahiz, IX Ventura, Pharmaplus, Spektrum Cahaya, Chikento dan Evolving Brilliance Technologies.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru