Wednesday, November 30, 2022

Menyamar sebagai pekerja, lelaki naiki kereta api percuma 23 tahun

Secara Rawak

MUMBAI: Skuad khas Kereta Api Barat Mumbai, pada minggu lalu menahan lelaki yang di katakan menaiki kereta api secara percuma selama 23 tahun.

Lelaki bernama Paresh Arvindbhai Patel, berjaya ditahan semasa skuad tersebut melakukan operasi mengesan penumpang tanpa tiket di stesen kereta api Churchgate.

Menurut laporan jurnal akhbar bebas, apabila ditanya bagaimana dia dapat mengelak daripada membayar tiket, Paresh memberitahu dia menipu mengatakan dia “kakitangan kereta api.”

Selepas soal siasat, rupa-rupanya Paresh ialah kontraktor kereta api dan bukannya pekerja kereta api tersebut.

Semasa operasi pemeriksaan, Paresh ditemui di koc kelas pertama.

Apabila dia diminta menunjukkan tiket, dia mengeluarkan kad pengenalan kereta api lama milik kawannya yang sudah koyak dan kabur.

Kawannya dikatakan pernah bekerja sebagai kerani di stesen kereta api IOW di Kalol, Gujerat.

Selepas 23 tahun menikmati perjalanan percuma kereta api, Paresh akhirnya menerima akibatnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru