Wednesday, November 30, 2022

Hidrogen: Sarawak bakal jalin kerjasama dengan Petronas

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak bakal menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam usaha menghasilkan hidrogen menerusi penemuan membran baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, biasanya penghasilan hidrogen memerlukan kuasa 60 kilowatt-jam (kWj).

BERUCAP… Abang Johari ketika berucap sempena majlis pelancaran “The Mechanical Completion of Engineering, Procurement and Construction (EPC) of Fixed Offshore Structure Work for Timi Field Development Project for Sarawak Shell Berhad, di Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation, Demak Yard”dekat sini semalam.

“Bagaimanapun, Petronas telah mencipta membran baharu yang boleh mengasingkan hidrogen dan oksigen dengan hanya 38 kWj sahaja.

“Bayangkan, kos ini akan lebih jimat kerana mungkin suatu hari nanti ia boleh menjadi lebih rendah daripada 38 kWj.

“Dalam erti kata lain, kos penukaran serta pengeluaran hidrogen akan menjadi lebih murah dan Sarawak bekerjasama dengan Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran “The Mechanical Completion of Engineering, Procurement and Construction (EPC) of Fixed Offshore Structure Work for Timi Field Development Project for Sarawak Shell Berhad, di Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation, Demak Yard”dekat sini semalam.

Tambahnya, beliau juga telah melawat ke Pusat Penyelidikan Petronas dan mendapati bahawa syarikat minyak dan gas itu mempunyai pelbagai teknologi baharu.

“Justeru, saya juga telah memberitahu Petronas bahawa saya ingin menjalinkan kerjasama dengan mereka berkaitan hidrogen,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Majang Renggi dan Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar merangkap Adun Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi Petronas Bacho Pilong, Pengerusi Shell Malaysia merangkap Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia Ivan Tan, Pengerusi Brooke Dockyard and Engineering Work Corporation Datuk Safri Zainuddin, Pengerusi Petros Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo serta wakil yang

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru