Wednesday, November 30, 2022

2,007 kes baharu, lima lagi kematian Covid-19

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,007 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 80 di Sarawak.

Menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,840,879.

Jumlah kes aktif sebanyak 25,769, turun 1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu, sebanyak lima lagi kematian dilaporkan, dengan satu kes meninggal di luar hospital.

Jelasnya, dua kematian direkodkan di Selangor diikuti  satu masing-,masing di Johor, Perak  dan Sabah (1).

Sebanyak 36,374 kematian akibat Covid-19 direkodkan sejak virus maut itu dikesan pada Mac 2020.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru