Wednesday, November 30, 2022

Kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bolehkan Sarawak laksanakan dasar dengan cekap

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak berkata kerjasama erat yang terjalin antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan Sarawak melaksanakan  dasar yang telah ditentukan sebelum ini dengan baik.

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerjasama itu  penting bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Yang penting ialah kerja secara berpasukan  antara perkhidmatan awam sebagai jentera untuk melaksanakan dasar yang diputuskan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi : Sarawak Civil Service di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini malam tadi.

“Justeru,  kerjasama berpasukan yang sangat erat termasuk dengan Kerajaan Persekutuan  perlu diperkukuh untuk mencapai objektif,”katanya.

Menjelang 2030, ujarnya,  banyak dasar dan inisiatif penting termasuk ekonomi hijau dan penyimpanan karbon perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat menjadikan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru