Saturday, December 3, 2022

Wanita masuk hospital, tertelan najis anjing

Secara Rawak

BRISTOL: Seorang wanita terpaksa menghabiskan tiga hari di hospital selepas anjing milik anak perempuannya secara tidak sengaja “buang air” di mukanya semasa dia sedang tidur.

Amanda Gommo, 51, tidur pada waktu tengah hari bersama anjing chihuahua Belle apabila anjing itu tiba-tiba sakit perut dan mengalami cirit-birit yang teruk.

Ketika kejadian Amanda, sedang tidur dengan mulut terbuka, apabila insiden tidak disangka-sangka itu berlaku, sedikit najis anjing itu masuk di mulutnya.

Aamanda serta-merta berlari ke bilik air akibat kesakitan dan kemudiannya dimasukkan ke hospital dengan jangkitan gastrousus yang dijangkitinya daripada anjing itu.

“Saya nyenyak tidur apabila merasakan ada sesuatu memancut dalam mulut saya,” katanya.

Ia amat meloyakan dan saya muntah angin selama berjam-jam selepas itu.

Saya tidak dapat mengeluarkan rasa pelik tersebut dari mulut saya.

“Anak perempuan Amanda membawa Belle ke doktor haiwan dan anjing itu didiagnosis dengan infeksi cacing teruk dan diberi antibiotik.

Amanda juga mula menunjukkan simptom yang sama seperti Belle, ekoran itu dia menghubungi ambulans.

Paramedik memberi ubat penahan sakit untuk kekejangan perutnya dan mengarahnya minum banyak air untuk membuang sebarang kemungkinan jangkitan.

Namun, selepas pasukan itu pulang, simptomnya menjadi semakin teruk, dan 48 jam kemudian, kekejangan Amanda merebak ke seluruh badannya.

Sekali lagi ambulans datang ke rumahnya membawanya ke hospital dan hasil ujian doktor mendapati Amanda dikangkiti penyakit yang sama dengan Belle.

Menurut Wales.online, Amanda terpaksa menghabiskan masa tiga hari di hospital dan diberi rawatan rapi yang disifatkan doktor sebagai pengalaman pertama mereka sepanjang bertugas sebagai doktor.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru