Friday, December 2, 2022

Polis nafi kes culik viral

Secara Rawak

SIMUNJAN: Polis mengesahkan kes viral culik kanak-kanak di Kampung Sungai Ladong yang dimuat naik di laman media sosial pada Rabu (28 September) adalah tidak benar.

Sebaliknya, Pemangku Ketua Polis Daerah Simunjan Asisten Superintendan Honchin Ludu mengesahkan kejadian sebenar merupakan gambar dan video membabitkan kes pecah rumah sarang burung yang berlaku pada Selasa (27 September).

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan telah mengesan beberapa posting berlaku kes culik yang melibatkan budak di Kampung Sungai Ladong, Sebuyau.

“Polis menafikan kenyataan ini dan menyifatkan sebagai tidak berasas kerana gambar dan video ditularkan adalah kes pecah rumah sarang burung,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan membabitkan kes pecah rumah dan curi.

Pada masa sama, beliau mendedahkan dua suspek disyaki terlibat kes telah berjaya ditangkap.

Tegas beliau, orang ramai diingatkan agar mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak berwajib sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan media atau berita palsu.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru