Friday, December 2, 2022

Pemilik gerai ditahan selepas video pijak doh tular

Secara Rawak

BUDGAM: Sebuah video yang menunjukkan dua pekerja di sebuah kedai minum menguli doh tepung dengan kaki tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video tersebut, seorang daripada pekerja tersebut bermain dengan telefonnya sambil memijak doh.

Menurut laporan, video itu muncul dari daerah Budgam, Kashmir, dan pemilik ditangkap selepas kejadian itu diketahui umum.

Kedai itu juga ditutup sejurus selepas video itu tular di media sosial dan pekerja kedai yang terlibat turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru