Saturday, December 3, 2022

Menolak Bajet 2023 sama seperti menolak sokongan kepada PM

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menolak Bajet samalah seperti menarik sokongan daripada Perdana Menteri, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ini berikutan kenyataan bekas Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, P Waytha Moorthy, yang berkata pertembungan terbaharu antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menyaksikan parti teras Perikatan Nasional (PN) tidak menyokong Bajet 2023.

Soal Dr Asyraf Wajdi, apakah ugut-mengugut seperti ini mampu memberikan persepsi dan sentimen positif kepada pemain-pemain industri dan pelabur dalam dan luar negara?

“Benar PN menyumbang 39 peratus berbanding BN hanya 34 peratus dalam Kerajaan hari ini,” katanya.

“Sebab itulah lebih baik diserahkan sahaja mandat kembali kepada rakyat agar sebuah Kerajaan mutlak bermandat dapat diperolehi.

Sekaligus mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pelabur bagi memastikan ekonomi negara dapat dipacu dengan stabil demi kemakmuran rakyat,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Muhyiddin ketika berucap pada sambutan ulang tahun Bersatu di Putrajaya baru-baru ini, mengisytiharkan BN sebagai musuh utama PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru